Insan-Insan Istimewa

Thursday, April 8, 2010

Kesinambungan 07.04.2010

Assalam..
N3 ini adalah daripada kesinambungan Annivesary Hubby n I semalam. kebetulan semalam adalah off day hubby so memang canteek sungguh la, kitorang keluar lunch bersama-sama without Adam kat satu restoran area Johor Bahru tetiba rasa cam masa bercinta dolu-dolu... kih..kih..kih.. sssooooo romantik walau tanpa ada kata-kata romantik yang keluar dari mulut kitorang.. ala dah besar panjang paham-paham sendiri la...
Anyway aku ada upload gambar ckit kat bawah nih..

Sepinggan nasi untuk aku n hubby.. yang ni aku punya nasi, aku tak snap nasi hubby coz sama je.. At 1st tu aku cam malas nak makan nasi tapi hubby aku ni kalau tak jumpa nasi memang tak boleh so aku ikutkan jela..

Nasi makan dengan daging masak paprik.. Daging kat rest ni lain ckit coz daging dia tak potong tapi dimesin memang nipis n lembut..

Ditambah dengan telur dadar... agak spesel ckit coz telur dadar ni dicampur dengan crab stick

Sayuran pulak kitorang amik kangkung yang digoreng dengan udang kering...

Haahh.. korang tengok abis licin semuanya kitaorang baham... hihihihhi... sayur jek yang dah tak boleh nak diabiskan... perut dah penuh giler tinggal nak exploded jek...

Kat restoran ni la kitorang pergi makan... Sedap Corner Jalan Abdul Samad 2, Johor Bahru..

After sesi makan-makan tamat, hubby agak pergi cari something so kitorang pergi ke The Store, Taman Sentosa, JB tapi sesampai kat situ The Store tutup coz diorang wat pengiraan stok pertengahan tahun.. So kitorang pun ronda-ronda kat area-area situ.... Benti kat satu kedai yang jual pelbagai jenis beg dan inilah hasilnyer... konon-konon present 4 our anniversary la walau pun tak mahal but sssooo valueable for me...

Taaraaa.. ni yang aku dapat.. Fyi aku memang dah lama cari beg 4 keep my hp n bila nampak jek beg ni cam lawa jek so tanpa tunggu lama aku trus sambar jelah...

Erm Adam pun dapat present jugak... Beg sandang.. Fyi, bukan aku tau yang nak beli tapi hubby yang beria-ria nak belikan Adam beg nih... 

yang ni pulak beg hubby... Beg kecik untuk letak ntah per ntah...

Hubby tak aci tau aku n Adam dapat 1 barang jek setiap sorang tapi hubby dapat 2... hihihihi.. takpe la lagipun selipar hubby yang kat uma tu dah lama sangat tak berganti..

Malam hari pulak kitorang celebrate kat uma jek... Aku beli kek dengan IzzA untuk celebrate annivesary kami.. juz a simple cake but nice n romantic with strawberry choc.. Cantik tak???





Adam nak bergambar denga kek tapi malu-malu konon...

Adam with bonda...

Our happy family... Hubby, Adam n I..

Kitorang bergambar lagi... Isk..Isk.. bukan senang nak amik gambar bersama ni tau.. PUas aku pujuk hubby n at last baru hubby nak bergambar.. Ya Allah isteri sapa la yang besar sangat tu... Aku nak diet tapi tak tertunai lagi la...

Erm tengok kat Adam tuh yang dah tak boleh sabar tunggu nak makan kek..

The End!!! Kesimpulannyer hari yang penuh dengan kegembiraan telah berlaku pada 07.04.2010... Mudah-mudahan segalanya berterusan hingga ke akhir hayat kami... Amin..