Assalam...
N3 untuk last weekend n last month of January baru nak publish ari ni kerana tahap kemalasan aku yang tertinggi sudah mencapai kearah maximum... story pasal aku n Adam lek kampung 4 jumpa kakak-kakak n adik lelaki aku yang pulang bercuti jugak... dah lama xjumpa diorang lebih kurang beberapa bulan la jugak...
Pada mulanya aku xplan nak lek kampung coz hubby keje p tetiba lak my mom tipon tanya nak lek ke x? kalau nak lek my mom nak datang amik, aku pun pe lagi pucuk dicita ulam mendatang... dalam kol 7.30 malam (29.01.2010) my mom sampai with my bro.. kitorang gerak lek kampung kol 9.00 malam after dinner kat kedai makan bawah highway.. kedai makan ni unik terletak kat bawah jalan raya yang tergantung, sape yang penah g paham lah ape yang aku cite ni.. sampai kampung kol 11.00 malam. Adam leh lak bangun malam tu kol 12.00 malam n Adam dok bergasak ngan PAK Mok dia a.k.a my bro. My bro ni keje kat Kuantan, Pahang so jarang-jarang lek cuti.. Syok betul Adam membelasah Pak Mok sampaikan aku paksa Adam suh tido lau tidak sampai pagi pun Adam x tido..
30.01.2010..
Seawal jam 6.00 pagi Adam dah bangun tido, bangun jek trus kacau Ucu Amir lak a.k.a my last bro.. Adik lelaki aku yang ni umur baru 10 tahun.. leh jadi member la kiranya lau ngan Adam. Dari pagi sampai petang Adam seronok bermain ngan Ucu Amir n cousin2nyer.. Adam trus lupa kat Bonda, botol susu n sleep... aku paksa tido pun Adam nangis macam budak kene belasah.... hebat sungguh tenaga Adam aku plak yang risau.. Erm bila dah menjelang malam, Adam dah xleh bukak mata langsung seawal jam 8.00 malam Adam dah belayar... Bunyi bising TV, suara cousin2 Adam pun dah xlayan langsung... My mom pelik tengok Adam tido coz dah xbergerak langsung....sungguh nyenyak sampai la ke pagi... bangun pun juz nak susu jek..
31.01.2010..
Adam dah lewat bangun lak.. kol 9.00 baru bangun pagi... Dengan tenaga yang penuh diisi semula trus stat enjin g sambung main bola... Semalam petang my dad g cabut ubi kayu yang dia tanam berbulan-bulan tu tok kitorang makan, so banyak la permintaan dari kitorang kat my mom ... suh wat lepat ubi la, kuih talam ubi la, bingka ubi la p semalam my mom layan permintaan yang paling senang dulu : ubi rebus cecah sambal tumis n ikan kering kapak/kembong... semalam gak plan nak gi mandi laut kat Tanjung Leman sambil makan ubi rebus tu p xjadik coz semalam adalah perayaan Thaipusam. We'll assume kat Tanjung Leman mesti ramai orang so cancell plan...nak jadi cerita kitorang pun makan ubi rebus kat beranda uma sambil angin bertiup sepoi2 bahasa so ala-ala tepi laut gak la... Tengahari ni lak my mom masak giler-giler... fyi my mom beli ikan siakap 3 ekor (dalam 2 kg setiap seekor) abis semua kitorang baham... tambahan plak my dad akhir-akhir ni rajin lak g memancing udang galah so dapat la kitorang makan udang galah adalah dalam 2 kg.. seronok dapat jumpa semua adik-beradik except my sis yang study kat Tanjung Malim, Perak dia xdapat lek.. sesekali wat gathering seronok gak...bukan senang dapat kumpul semua adik-beradik ni yelah masing-masing kan ada komitmen... petang dalam kol 5.00 petang aku lek JB, my bro anta...
Sesekali aku wat n3 panjang-panjang xsalah kan... jangan boring lak baca k...
Korang mesti tertanya-tanya aper motif aku letak foto anak ayam kat atas tu... ni la reason nyer... Adam jakun tengok anak ayam, dari jauh dok panggil2 p bila anak ayam dekat kat dia, takut semacam jek...
Ni la sebahagian lauk-pauk yang my mom masak tengahari on that day... ikan siakap 3 rasa n udang galah goreng kunyit..
ikan siakap 3 rasa... snap sekor jek coz lau aku snap 3 ekor skaligus mau meleleh air liur korang... hehehehe
Lepat pisang baru masak still dalam pengkukus lagi hah... yummy,,yummy,,yummy,,
Kuih talam ubi... kuih ni my mom masak terlembik la p still yummy...yummy..yummy..
Bingka Ubi ni permintaan dari my dad..
Yang ni lagi meleleh air liur tau... udang galah... peh sodap giler...
close-up bagi tambah air liur..
Waktu makan 2 xsnap gambar coz segan kalau-kalau ada adegan makan yang terlampau...
No comments:
Post a Comment