Insan-Insan Istimewa

Sunday, February 21, 2010

Good bye...bye...


Assalam..
Setelah beberapa bulan dan hampir setahun Adam bersama-sama rambut kesayangannye yang paling cantik bergulung-gulung itu akhirnya hubby n I membuat keputusan untuk memotong rambut Adam bersempena usia Adam yang akan menjangkau 2 tahun akhir bulan Februari 2010 ini... Tambahan lagi aku nengok Adam macam dah rimas dengan rambutnya yang semakin panjang tapi nasib baik rambut Adam jenis curl so tak berapa nampak panjang sangat la... aku macam tak rela tapi hubby yang beria-ria sangat nak potong rambut Adam. Fyi jauh betul pergi kedai gunting rambut kat area Skudai tau coz hubby takut kalau bawak Adam pergi gunting rambut kat kedai mamak kan jadi len lak... 
Panjang tak rambut Adam.. Ramai orang cakap rambut Adam spesial coz curly hair n aku pun suka tengok rambut Adam.... (--)..isk..isk..isk..


Reaksi Adam geli-geleman... Ayah jadi body guard n bonda jadi photographer..


Adam takut ker seram tu???


Pakcik pertama yang menyentuh rambut Adam. Before this Adam ada jugak potong rambut n bila balik kampung baru potong rambut coz kat kampung tu yang jadi tukang gunting Adam ialah makcik..


Pakcik tu bagi Adam gula-gula supaya Adam diam... Adam tengah terliur tengok gula-gula tu..


Foto yang paling cantik aku berjaya snap untuk hari ini...


Erm bonda nak enter frame jugak la... serius betul muka Adam..


Rambut Adam setelah selesai sesi penguntingan.. Tunggu ayah pergi kedai jap..


Selepas selesai tadi pergi kedai makan pulak bagi upah kat Adam sebab berkelakuan baik semasa sesi pengguntingan rambut tadi..


Duduk sambil makan cupa cup barli flavour..

No comments: