Insan-Insan Istimewa

Wednesday, June 23, 2010

Diari Minggu Ini...

Aku sedang melalui satu minggu yang begitu mencabar.... Otak sentiasa berputar memikirkan segala perkara yang perlu dan harus aku lakukan sepanjang minggu ini.. Hari ini baru hari Rabu so aku kene melalui lagi beberapa hari untuk menghabiskan minggu yang penuh dengan cabaran. Keadaan aku begitu mencagar kerana perkara-perkara berikut :- (luahan hati yang tidak bermaksud untuk mengeluh atau mengalah atau bersedih kerana aku tetap aku yang harus mengharungi nya...)

Pertama : Aku telah berjauhan dengan anak kesayangan aku sejak 20.06.2010 yang lalu : Adam Lutfi (-: kerana Adam berada di bawah jagaan nenek dan atok nya di kampung. Pengasuh Adam akan melahirkan anak yang ketiga pada 29.06.2010 ini so aku terpaksa menghantar Adam balik kampung di Tenggaroh... Saat perpisahan yang begitu menyakitkan bagi aku... aku menitiskan air mata pada kala Adam pergi manakala Adam masih mampu tersenyum kerana Adam masih tidak memahami akan erti perpisahan yang memang dibenci oleh setiap orang di dalam dunia ini... Memang terus kosong hidup ku tanpa mendengar gelak tawa, tangisan manja dan keletahnya yang kekadang buat aku hilang sabar.. Ibu mana yang tak sayang anak tapi apa yang mampu aku lakukan... Aku tidak mahu Adam di bawah jagaan pengasuh yang lain kerana aku takut kalau-kalau orang baru tidak paham akan kerenah Adam.

Kedua : Hubby out-station ke Kuala Lumpur selama seminggu dari tarikh 19.06.2010 hingga 24.06.2010. Aku tambah jadi sunyi... huhuhu.. korang mengerti tak perasaan aku sekarang??? sunyi memang sunyi...

Ketiga : Kakak ku di masukkan ke Hospital kerana kurang sihat.. aku tidak mahu bercerita tentang penyakit yang kakak ku hidapi kerana aku akan jadi lebih sedih. Kakak ku dimasukkan ke Hospital Pontian pada 20.06.2010 mulanya tetapi telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, JB pada 21.06.2010 kerana kakak ku memang telah menerima rawatan susulan setiap bulan di hospital berkenaan. Doktor yang merawat kakak ku juga memang berada di hospital berkenaan. Aku menjadi peneman kakak ku setiap malam. Aku paham ada hikmah juga Adam berada di kampung dan Hubby out-station kerana aku dapat menemankan kakak ku di hospital setiap malam. Oleh itu aku telah menjadikan rumahku seperti hotel kerana balik ke rumah hanya untuk mandi dan tukar pakaian. Habis kerja pukul 5.00 petang terus bergerak ke hospital dan aku tidur di hospital. Pagi pukul 6.30 pagi aku gerak balik ke rumah untuk bersiap ke tempat kerja pula. Begitulah rutin aku setiap hari sepanjang minggu ini. Aku harap kakak ku akan segera sembuh untuk melalui hari-hari yang akan mendatang.

Aku hanya mahu meluahkan perasaan di sudut belog aku ini. Aku tidak bermaksud untuk mengeluh apalagi untuk menambah kesedihan tetapi aku rasa di dalam belog ini saja tempat aku meluahkan perasaan suka, gembira, sedih dan duka... Harapan aku pada korang yang menbaca hulurkan sekelumit doa untuk kakak ku...moga korang dirahmati oleh Allah s.w.t.. Amin..

2 comments:

Nama Ku Noy said...

Sabar dan tabah menghadapi ujian ini ya dik....Kita sama2 doakan agar k.long sihat, ceria dan bahagia meniti hari2 yg bakal kita lalui....Semoga Allah s.w.t memudah kan semuanya....Amin.....

akiratoriza said...

thanks kak... saya memang penuh sabar n tawakal kpada Allah untuk menghadapi ujian ini..