Insan-Insan Istimewa

Monday, July 19, 2010

Makan la buah-buahan tempatan....

Salam..
sekarang ni kan tengah musim buah...macam-macam ada...paling best buah durian, memang feveret aku sesangat...yang tambah bestnya aku memang tak kalah makan durian, makan la banyak mana tetap maintain jek..Alhamdullah..tapi untuk n3 ni aku bukan nak story pasal makan buah durian, aku nak story pasal buah-buahan tempatan yang ada kat uma mak aku..fyi, last weekend aku balik kampung so memang syok la aku menikmati buah-buahan terutamanya rambutan.. yang ni pun feveret aku gak..so petang semalam aku pun pergi melawat ladang..kih..kih..kih...jom mari kita tengok hasilnya...

korang mesti tau kan buah apakah ini???

buah manggis la...

hasilnya...my dad bagitau memang kene petik awal sebelum jatuh coz manggis akan jadi keras bila jatuh ke tanah. satu lagi kalau tak dipetik alamatnya kita mampu tengok kulit jelah coz tupai akan mentedarah dulu...hihihi..

yang pokok besar ni pulak pokok rambutan...korang nampak tak ketul-ketul merah tu...

ni hasilnya... fyi kat uma my dad ada 3-4 pokok rambutan, yang paling best makan buah rambutan yang kat depan uma n yang ni... rambutan yang aku snap ni rambutan merah n bulat macam rambutan gading, tambah syok makan lagi rambutan ni bila makan kulit kat biji tu tak ikut skali ngan isi rambutan tu..so takde la lepas makan jadi sakit tekak..Adam memang suka makan gak n Alhamdullih takde sakit tekak n batuk-batuk..

Yang ni pokok cempedak..

cempedak belum boleh dipetik...uniknya pokok cempedak ni ialah masa my dad mula-mula pindah kat sini my dad jumpa seekor ular then my dad tanam ular tu kat sini lepas ular tu mati...tempat ular tu ditanam my dad tanam ngan pokok cempedak ni,,bila dah berbuah isi cempedak tu sama warna ngan kulit ular tu... rasa memang sedap...

erm ni semua orang tau kan...kat uma my dad ada 4-5 pokok ni

betik la... betik ni pun ada keistimewaannya iaitu bila dah masak betik ni tahan lama tau biarpun dah kuning betul2 bila dikopek isinya tetap ranum bila dimakan takde lembik2 n berair..

yang ni pulak sukun.. dulu ada pokoknya tapi dah mati sebab hari-hari minum air longkang jiran sebelah,,,dapat minumaman yang tak berzatkan tu yang pokok sukun tu merajuk.. buah ni tak tau my mum dapat dari mana, jiran bagi kot!!

kawasan penanaman pokok lada, kunyit, serai, keledak dsb.. my dad siap pagar taknak bagi ayam masuk.. sekarang ni my dad dalam projek tanam keledek..

tu pokok pisang pun ada..

antara pandangan pokok buah-buahan kat belakang uma my dad... korang mesti tertanya-tanya kan kenapa buah yang menjadi feveret aku takde aka buah durian...fyi dulu memang ada pokok durian tapi tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu tak berbuah-buah...tinggi dah lebih dari rumah tapi langsung tak berbuah n macam-macam petua dah my dad buat tapi tak berjaya jugak so my dad dah frust amik mesin tebang pokok, em apa lagi zzzaaaassss....habis riwayat ko wahai pokok...

korang tau tak pokok apa ni????!!! mesti tak tau kan takpun korang tak kisah tau ke tak kan coz aku tetap akan cite gak kat next gambar... huhuhu..

nampak tak buah dia... surprise lagi ni....

tara...dah dapat agak lom???!!!

nilah yang jelas ckit...

yang ni besar dah... buah nona la.. masa mula-mula my mum tanam macam tak caya jek pokok tu boleh hidup n berbuah tup tup berbuah jugak tapi lama gak rasa dalam 3-4 tahun gak baru berbuah... sekarang ni tak sabar nak tunggu buah nona ni masak... seingat aku last aku tengok n makan buah nona ni masa budak-budak dulu...

yang ni buah jugak ke???!!! hah yang ni sebenarnya projek raya tahun ni my mum..ada yang berminat boleh e-mail kat aku ae.. akiratoriza@yahoo.com.my

ni dah siap packing.. selain karipap mini, ada batang buruk n kuih tradisional.. cakap jek nak kuih apa, my mum akan jadikan kuih tu dengan realiti n nyata..

No comments: