Insan-Insan Istimewa

Tuesday, November 24, 2009

Barah Pangkal Rahim

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).
Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ).
Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.
Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40an.

Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal.

Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Perangkaan Kementerian Kesihatan pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:
• Henrietta Lacks
• Colleen Dewhurst
• Karin Smith
• Anita Mui

No comments: