Insan-Insan Istimewa

Friday, May 13, 2011

Gigi... oh gigi...

Salam...
arini penuh debaran...
sepanjang minggu dok memikirkan kejadian yang akan berlaku pada hari ini
sanggup tak sanggup aku tetap kena laluinya
kang kalau tak buat kang sakit gigi akan datang semula
lagi tak sanggup nak tanggung sakit gigi, langsung tak le nak makan
huhuhuhu....


arini aku ada appoinment dgn dentist
sebenarnya jumaat minggu lepas pun aku ada appoinment dgn dentist
tapinya aku terlambat 15 minit dari waktu yang ditetapkan
so terpaksa postpond appoinment ke hari ini
eeee takutnya nak jumpa dentist jap agi
minggu lepas punya appoinment doktor dah bagitau
aku memang kene menjalani pembedahan kecil untuk buang gigi bongsuku ini
kawasan gigi yang hendak dibuang tu kene di belah then akan dijahit
sebelum datang klinik, aku dinasihatkan untuk makan sekenyang yang mungkin
sebab lepas jek pembedahan tamat, aku tak boleh nak makan
yang jadi heran bape lama aku tak dapat makan ni????
lau seminggu tak makan, alamatnya kurus la aku
eh sayang la lemak2 yang akan pupus ni
ngeh...ngeh...ngeh...


perasaan : tak tau la nak ckp camner
kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu aku memang takut sesangat time nak kena cabut gigi 
dan perasaan tu memang masih bersarang dalam diri sampai ke hari ini
tak dapat nak bayangkan perasaan aku ni
aku harap semua berjalan lancar
takde perkara yang tak dijangka bakal berlaku
harap sangat, InsyaAllah.


untuk menghiburkan hati yang sedang gundah gulana ni
jom tengok muka budak comel
lepas tgk mmg konpem kerisauan akan berkurangan


nk lari tajuk ckit..
aku suka dgr bila si budak comel menyanyi lagu
"Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku, bila ku berduka engaku hiburkan selalu"
rasa terharu jek tambah2 time menyanyi tu siap peluk aku then cium pipi aku
tetiab rasa mcam dah besar jek anak bonda nan sorang ni
'luv u my son'








nota kaki : bila datang penyakit ni akan lebih mengingatkan kita kepada Maha Pencipta yang telah mencipta sekalian yang hidup di atas muka bumi ini. Percaya dengan semua yang telah ditentukan olehNYA, InsyaAllah hidup kita akan lebih diberkati. Janganlah asyik menuding 1 jari kepada orang lain dan tanpa kita sedari 4 jari yang tinggal juga menuding jari ke arah diri kita sendiri. Jadi siapa yang bersalah sebenarnya????? Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga segala amalan kita akan mendapat ganjaran yang setimpal.
(eh nak jadi Ustazah ker??)

No comments: