Insan-Insan Istimewa

Monday, March 28, 2011

Bila sampai waktunya kita akan pergi jua..

Salam..
aku tak tau nape aku letak title tu
hanya itu yang terlintas didalam benak fikiran aku
tapi ni takde kena mengena dengan yang hidup atau mati
erm sebagai hamba kepadaNYA kita jua diwajibkan untuk mengingati mati

Last weekend aku balik kampung
dah lama jugak aku tak balik kampung tau
dalam 3 bulan dah
mak aku pun dah bising pung-pang pung-pang suh aku balik kampung
gerak dari JB kol 10 pagi sampai kampung kol 12 tengahari

Adam punyer la hepi dapat jumpa bapak sedara dia aka si Ameer 
Adik aku yang baru berumur 11 tahun
memang tak hingat la dok pusing keliling uma mak aku
peluh satu badan dah macam mandi dah gamaknya
satu hari entah bape kali ntah mandi
baru jek mandi, badan dah berpeluh-peluh semula
langsung tak mintak susu, aku yang paksa dia minum susu

kami lek kampung coz mak aku tak sihat
yelah warga tua dengan penyakit kencing manis lah, darah tinggi lah
antibodi memang dah tak sekuat dulu so senang dapat penyakit
harap mak aku cepat sembuh

secara kebetulan pulak
mak aku dah tempah kepok untuk arwah kakak aku
dan dorang akan datang pasang time weekend ritu
memang puashati dengan kepok tu
tapi ada jugak yang tak kena
boleh pulak dorang salah tulis tarikh
bukan satu yang salah tapi kat semua tempat salah
salah tarikh kat batu nisan lah
salah tarikh kat kepok lah
macam nak hangin satu badan jek aku ni
tapi nasib bek adik yang datang tu cakap elok2 dgn aku
ntah bape kali ntah dia mintak mahap
aku pun kesian jugak dengan dia
dah la datang jauh, blh pulak silap
next week dorang akan datang tukar semula kepok tu
memang berbudi bahasa budak tu ckp dengan kami

 kawasan tanah perkuburan kampung aku.. kawasannya agak berbukit .

 kami baru sampai ni n dorang dok pasang kepok kat kubur arwah kakak aku. time sampai ujan pun turun, sib bek payung dah stand by dlm kete.

 aku pikir dorang dtg nek lori tapi rupa-rupanya nek van..

 dorang dah siap pasang kepok, tinggal nak isi tanah dalam tu pulak.. budak yang pakai topi tu yang berbudi bahasa.. tarikh meniggal arwah kaka aku kat tepi kepok tu silap..

 budak tu bawak 2 orang pekerja Indonesia.. tak banyak mulut, ikut jek apa yang aku cakap.. agaknya dorang wat keje yang mulia kan, tu kita tgk pun sejuk jek hati ni.

 dah datang tgk dorang buat keje tu terus baca yassin tapi aku tgh cuti pulak so tak dapat nak baca sekali.takpe kat uma pun blh baca jugak kan..

tarikh yang kat batu nisan pun salah.. erm tak sangka pulak batu laut tu pun masuk dalam pakej sekali.. 

bagi nampak jelas ckit adik aku n mak aku pulak..

belah sana tu satu lagi kawasan perkuburan. dulu belah sana jadi tempat yang terawal bila dah penuh pindah kat belah sini pulak.. 


gambar terakhir sebelum kami pulang.. 

Arwah tetap didalam ingatan aku
setiap kali lalu hospital aku mesti teringat kat arwah
dulu setiap bulan aku hantar arwah ke hospital untuk treatment
kalau kat uma aku, tempat yang paling aku teringatkan arwah bila kat dapur
dulu arwah ada bagi petua bila memasak
si setiap kali aku masak mesti teringatkan arwah
Semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah
Semoga arwah aman dan tenteram di alam barzakh
~Al-Fatihah~

3 comments:

Nama Ku Noy said...

Al-fatihah.....
Akak tak pernah pergi lagi dik tanah perkuburan felda, dah penuh ya...suatu masa nanti kita akan berkumpul disana juga ya dik, tak tahu bila pula masa kita akan tiba...

My Aisy said...

al-fatihah...
lah camne lah leh slah tuh...

ZanaNordin said...

al-fatihah buat arwah kak sarisah

aku mcm terbayang2 kan dia saat baca entry ko nie wit...dia suka pakaikan anak dia mascara kan time kecik2 dulu....moga rohnya di cucuri rahmat..

kita tak tahu bila MASA kita plak....tp yang pasti...di situ jua kita akan berkumpul.

aku tak tahu kat mana area kubur tenggaroh 5 nie.