Insan-Insan Istimewa

Thursday, July 14, 2011

Automatik ker Manual????

Salam....
lately ni aku sedikit lemau lah nak hapdet belog
untuk hari ni pun jam dekat kol 4 petang baru setat hapdet
bukannye taknak hapdet tapi ada dua sebab yang paling utama
satu : idea belum cukup ranum untuk dipetik
dua : tenet opis yang sedang meragam, nak jenguk belog koran pun aku terpaksa amik masa yang lama
so hanya dapat baca nak tinggal jejak memang tak dapat
lembap sungguh la...
geram pun ada...
tapi sabar paling penting dalam segala hal...

eh dah cukup la dgn mukadimah itu
berbalik kepada title yang aku taruk tu
erm automatik ke manual???
eh bukan aku nak beli kete tapi saje nak tanya pendapat dgn korang
kalau korang mana yang lebih korang prefer????

bagi aku yang dok kat bandaraya JB ni
memang awal2 lagi aku akan pilih kete automatik..
sebab keadaan jalan kat JB ni yang banyak betui traffic light
tambah lagi kete pun banyak
tambah lagi motor lagi banyak dari kete
si penunggang motor yang berlagak mcm dorang bawak lori pun banyak
takut ooo nak drive
biarpun aku memang bawak kete auto perasaan seram sejuk tetap ada
dengan lori yang kekadang pasan kecik
laju semcam jek dan tak hirau kat kenderaan lain lagik

seingat aku boleh dikira bape kali aku bawak kete manual
tu pun kalau balik kampung jek
terpaksa guna kete BIL atau adik aku tok g kedai sebab malas nak kuarkan kete sendiri dlm carporch
kalau drive kete manual ni
yang paling menguji keimanan bila kat simpang ker traffic light ker
nak kuar simpang memang berkurun lama la jawabnye
 sebab nak bagi pedal minyak dgn pedal clush tu stabil
then kalau nak buat pusingan 'U', macamana lak pulak.. memang aku tak bape reti
tapi ada yang paling aku sangat takuti iaitu bila berada terpaksa berhenti kat bukit
Ya Allah rasa macam tak dapat nak gerakkan langsung kete dah
memang sedang tu jugak rasa seram sejuk nak mengigil
jadi untuk mengelakkan aku lalu jalan yang berbukit
aku sendiri akan pastikan yang aku memilih jalan lain selain jalan yang berbukit
biar la jalan yang aku pilih tu jauh sikit dari jalan yang ada, aku redha
janji kete yang aku drive tak termati ditempat yang tak sepatutnya
eee kalau dipikir2 memang tak la aku nak drive kete manual ni beb!!!

korang rasa apakah punca yang menyebabkan aku terpikir nak wat n3 ni???
erm meh aku story-mory ckit..
begini citernyer...
adik aku yang keje kat Kuantan dapat tukar balik kampung
dan esok adik aku ni akan melapor diri kat hq JB
dalam masa yang sama jugak sorang lagi adik aku tengah praktikal kat Kuantan dan dok uma adik aku yang akan tukar ni (eh korang paham tak???)
maka terpaksala adik aku yang praktikal tu dok dgn member dia sendirian
nak dijadikan citer lagik
adik aku yang praktikal ni tak bape berani pulak nak bawak motor ke tpt keje dia sebab dia pompuan dan kenderaan memang banyak
so abah aku dengan rela hati bagi kete abah aku kat adik aku yang praktikal ni semalam

adik aku yang nak lapor keje kat tpt keje baru esok..
adik aku ni keje dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat as ahli bomba..

 abah aku ni pulak pun sama spesis dgn aku yang tak bape berani drive kete manual
abah aku setiap pagi akan anta adik aku yang dok kat uma tu g sekolah dgn kete sebab sekolah adik aku tu jauh dari uma
jadi aku sebagai anak yang mengenang jasa ayah dan bonda
akan menghantar kete yang aku guna sekarang ni ke kampung
untuk kegunaan abah aku sehari-sehari

Ayah dan Bonda tercinta... mereka dah puas susah payah untuk membesarkan aku so sekrang takpe la aku susah payah ckit.. bukan lama mana pun satu bulan jek..

kalau dah aku bagi kete aku nan satu tu kat abah aku
aku nak g keje nek ape????
aku pun terpaksa dengan rela hati akan mendrive sebuah kete manual dalam bandaraya JB ni
perkara yang paling aku takuti itu akan berlaku jua
bukan beli kete baru jugak tapi pinjam kete adik aku yang akan lapor diri esok
adik aku akan guna motor jek g opis beliau

so untuk menghilang kegusaran dalam hati
weekend ni aku akan menstrugglekan diri untuk mahir mengendalikan kete manual tersebut
korang-korang yang membaca n3 aku ni
aku pohon doakan aku supaya mudah dalam mengendalikan kete manual tersebut
doakan jua aku selamat dan terhindar dari sebarang malapetaka.
Insyaallah, amin.

kat belakang aku tu lah kete yang bakal meredah bandaraya JB.. cewah!!!

p/s : semua gambar kat atas tu merupakan gambar-gambar arkib aku...

2 comments:

misya said...

sya suka keta otomatik,manual bila bawak gagap2

akiratoriza said...

Misya;
memang betul lah.. setuju sesangat..