Assalam....
time aku balik Pahang cuti sekolah ari tu
aku singgah makan murtabak mengkasar di Daerah Pekan
murtabak ni memang femes la
kalau kat JB ada gak murtabak lebih kurang murtabak mengkasar ni
cuma rasa dia len ckit
dah alang-alang lalu kat situ so aku ajak Hubby singgah untuk menghilang rindu kat murtabak ni
ada kisah kat kedai murtabak ni, later aku citer yek
Signboard kedai tepi jalan besar kat daerah Pekan, Pahang.
kami sampai petang dalam kol 6 petang, kedai memang penuh dgn orang yang tgh tunggu murtabak dorang sampai.
rege boleh tahan la... yelah resepi turun-menurun kan so ada nilai yang tersendiri. cuma time kami datang makan tu tak bape nak sedap la rasanya...
meh nak stori-mori pasal kisah di kedai ini
mungkin tu la kali terakhir aku dapat makan murtabak tersebut
sebab :
servis yang memang super duber lem....
korang bayangkan kami terpaksa tunggu 1 jam untuk makan murtabak tersebut
pada mata kami takde ramai mana orang yang tunggu time tu dan fyi, semua orang tak dapat murtabak lagi
asyik la dok tengok ke orang yang menebar murtabak dgn muka yang pelbagai ragam
murtabak dah banyak yang siap tapi takde orang nak anta, entah buat apa kat dalam tu
memang geram sesangat tau
muka hubby dah tak boleh nak digambarkan lagi time tu
aku pun naik seram nak menegur kang aku yang disembur
kehkehkehkeh....
bila dah lama menunggu hasilnya memang mengecewakan
murtabak dah sehebat yang lama, maybe dah bertukar orang yang menebar murtabak tersebut
aku memang frust gilerrrrrrrrrrrr.....
pulaknya time makan tu jugaklah si Adam nak ehem-ehem..
memang potong mood abislah...
satu lagi : BFF aku dah pesan dia belanja kami time tu
so bila nak blah sajek panggil suh kira, nak tgk dorang alert ke tak
tuptup kami tetap kene bayar rege makanan kami
bukan nak berkira tapi nampak sangat dorang takde sistem
bermakna dorang dapat bayaran 2x untuk rege 1 makanan kan
erm memang tak la aku nak singgah lagi makan kat situ
selamat tinggal murtabak mengkasar
budak comel ni baru bangun tido time kami singgah makan kat kedai tu.. muka masih selengge
meh aku nak citer pasal bff aku pulak
kedai murtabak ni bersebelahan dgn uma BFF aku time aku study kat UiTM Dungun dulu
so aku pun contact la dia, dapat jugak melepaskan rindu sekejap
kebetulan pulak BFF aku ni sedang berhoneymoon time tu
borak-borak kejap
fyi, aku kenal murtabak ni pun dari dia. yelah tokey murtabak ni pakcik dia rupanya
erm rasa rindu nak balik ke zaman UiTM pulak
bila lah dapat reunion dgn semua BFF kat UiTM dl
Che, Fiza, Ida, Leha, Huda, Gyah, Tora, Ana, Ina, Kak Imah, Kak Zura
aku rindu kamu semua!!!!!!!!
inilah BFF aku itu.. Huda namanya. dalam gambar ni ada budak nak jadi macam kasim selamat cuma gaya yang lain, nak cucuk fork kat dalam gigi..
bila fork dah dialihkan baru nampak ok kan..
entah apa yang dibuat aku pun tak tau... kui..kui..kui...
~sekian~
2 comments:
peniaga ni macam-macam kan,sebab tu la kita sebagai pengguna ble wat pilihan.
memang setuju sesangat.. malas nak bagi muka dgn orang2 yang berniaga yang cuma nak kaut untung semata-mata tanpa memikirkan pelanggan.
Post a Comment