Salam Zulkaedah 1432H...
arini lambat lagik up citer... tetiba monday blues telah bertukar jadi monday busy very der!... tak menang tangan... mencik tau bila ari isnin terpaksa membizikan diri...
kat n3 yang lepas (malas nak cari link) aku penah citer yang Hubby ada bela 2 ekor burung kan.. so n3 ni nak update lagik sebab burung telah menjadi 5 ekor kesemuanya.. sebenarnya dah lama aku perap n3 nih rasanya dah sebulan aku perap dah sebab nak bagi laluan kepada n3 yang lebih panaazzzz (panaazzz sangat ker).. so sekarang baru nak citer... agak basi jugak lah kan tapi takper aku nak citer jugak.. (pape jelah yang aku melalut nih, tetiba aku kekeringan idea nak tulis)
lau tak silap 3 ekor burung yang Hubby tangkap nih dah 3 bulan dah kat uma.. Adam tak bape ekcited dengan burung-burung nih lah mungkin sebab dia takut kat burung2 tu.. yelah lau datang dekat jek mesti burung2 tu wat2 terbang ketakutan, macam takut sangat jek orang nak tangkap dia. tapi bila Hubby datang dekat nak kasi makan/minum takde pun dorang nak wat2 takut mcam tu.. tensi mak! penyudahnya Adam memang wat dunno jek dengan burung2 kat bawah nih...
pasan tak muka memasing macam kecut perut jek bila aku datang nak amik gambar dorang... macamlah glemer sangat konon2nya... dah lah bontotkan aku cuma mata jek yang memandang penuh berjaga-jaga..
nampak tak 5 ekor burung tu.. time aku snap nih burung2 masih lagi di balkoni uma aku, tapi sekarang Hubby dah pindah letak kat koridor luar uma.. semua Hubby pindahkan termasuk pokok2 tu sekali.. so lenggang ckit balkoni uma.. tambah senang aku nak menyapu..
disebabkan dah ada 5 ekor burung so Hubby sanggup wat 1 sangkar lagik untuk burung2 dia kesayangan dia.. Hubby tak beli tau sangkar burung tu.. abis bulu ayam aku yang kayu dia rotan tu, Hubby amik rotan bulu ayam tu wat tempat burung bertenggek.. nasib baik taik burung Hubby ni tak berbau maybe sebab makanan yang Hubby bagi dorang tu lain pesen ckit.. ntah aku pun tak tau jenis apa, yang pasti memang takde bau burung langsung.. so takde lah mulut aku ni bising...
tapi itu semua kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas... ada kejadian sedih tentang burung kesayangan Hubby nih sabtu yang baru lepas nih...
dalam pukul 11 pagi aku kuar nak p angkat kain jemuran.. tetiba aku tengok sangkar burung dah terbukak.. aku tengok isi dalam sangkar burung cuma tinggal 1 ekor jek burung yang tinggal.. memang terkejut sangat dan aku terus suh Adam p kejut Ayah (Hubby baru abis keje pagi tu).. sian aku tengok muka Hubby time tu. dah lah penat baru lek keje, baru nak tido tetiba dapat berita sedih nih...
aku pelik tengok burung yang tinggal 1 lagik tu naper lah ko tak kuar sama macam kawan ko yang lain tu.. burung tu bertenggek diam jek dalam sangkar yang dah terbukak mungkin dah terbiasa kot dok dalam sangkar tu.. Hubby pun amik burung yang sekor tu dan terus lepaskan dia terbang.. sekarang nih sangkar tu terbiar jelah kosong... sedih kan...
aku syak budak depan uma tu yang bukak dan Hubby pun pikir bende yang sebab Hubby penah pasan yang budak tu dok depan sangkar burung sambil tangan cuba kuis2... budak tu memang lain pesen ckit, berani tak hingat tapi kalau depan aku dia kecut perut lah.. sampai arini aku tak bersua muka dengan budak lain pesen tu, aku memang akan tanya dia samada dia buat ke tak... satu lagi aku memang boleh agak bila tengok air muka budak lain pesen nih.. dia kalau wat salah memang nampak sangat kat air muka dia...
Hubby plak tak kisah lau burung tu terlepas terbang bebas, tapinya Hubby risau kalau bebudak yang bukak sangkar tu wat main burung2 tu sampai mati. tak ke naya jek kat burung2 tu kan.. harap2 tak le sampai macam tu ye tak???....
ok dah abis membebel nih, tata....
1 comment:
Saya seorang pemberi pinjaman pinjaman berdaftar dari Persekutuan Rusia, saya memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu ke seluruh dunia dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Sekiranya anda telah menolak pinjaman oleh institusi kewangan bank untuk satu atau lebih sebab atau Adakah anda meminjam kewangan mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar dan usaha modal? Anda berada di tempat yang tepat untuk Penyelesaian pinjaman anda Jika anda berminat dengan tawaran pinjaman, sila hubungi kami di Persekutuan Rusia melalui e-mel: chrisrichardloanfirm@hotmail.com melalui Whats App Number +1 (845) 731 5341
Post a Comment