Insan-Insan Istimewa

Friday, March 12, 2010

Apabila aku dah mula nak merapu...

Assalam..
Aku nak meluahkan perasaan kat belog aku tapi jangan pulak ader yang terasa walau kita tak pernah kenal each other. Luahan tak la sehebat mana cuma aku ni dah gatal tangan nak mengupdate belog ni tapi takde bende pulak nak distorykan... kihkihkih..poyo jek lebih aku ni!!!
Alangkah seronoknyer jadi anak raja tak pun kahwin dengan anak raja kan.. semua bende yang terlintas di dalam benak akan terus terlaksana dengan hanya petik jari dah ada di depan mata. hidup dikelilingi wang ringgit yang tak pernah susut dan kurang satu sen pun. beli yang ni dan itu, duit pun dalam masa bertambah dalam akaun, best kan.. kalau sekarang nak makan kat 5 star hotel boleh terus pergi jek tanpa ragu-ragu. nak beli hand-bag yang harga ribu-riban pun tak kisah duit banyak sesangat kan.. tapi kekayaan selalunyer orang cakap takkan ke mana-mana tanpa kasih sayang yang hakiki. Kasih, sayang, cinta adalah tunjang dalam hidup yang memang perlu ada dalam diri setiap manusia... betul tak?? tanpa nya kita akan rasa semua bende yang kita buat yang paling terbaik pun rasa macam tak best lagi wahima duit berkepuk-kepuk dalam poket dan berjuta-juta dalam bank.

Hajat dalam hati masih banyak yang belum tercapai tapi tetap di sini tak berganjak-ganjak so macamane la hajat nak tercapai takde langsung pencapaian yang cuba untuk dicapai.. hajat ingin mengubah hidup dengan buat pelbagai bende yang boleh mendatangkan duit tapi bila fikir panjang rasa aduh susahnyer nak buat ini nak buat itu.. belum buat apa-apa lagi mulut + otak dah cancell semua bagi sign '-' so macamane la nak majukan diri.. orang berjaya bukan datang bergolek kejayaan mereka itu tapi dengan azam, tekad dan usaha diri dalam memajukan diri.. duit takkan bertambah-tambah tanpa usaha diri kita untuk mencari cara untuk tambah duit tu... so renung-renungkan dan fikir-fikirla apa yang kita ada dan apa yang kita nak ada dalam kehidupan kita sehari-hari...

habis dah aku merapu, rasa macam nak tulis panjang lagi tapi aku dah mengatuk... nak g tido sekejap b4 sambung keje kol 3.00 petang nanti... bubye... weekend ni ada plan nak g bawak Adam jengjalan so tunggu next n3 ye...

No comments: