Insan-Insan Istimewa

Tuesday, May 11, 2010

Hukum ASB harus tapi tak patuh syariah

Assalam...
aku nak share something dengan korang yang sudi baca belog aku ni... cite ni aku dapat dari kak suziey semasa aku tengah jengjalan n singgah-singgah kat my blog list... k aku terus ke cite yang sebenarnye ye... jangan benti membaca sehinnga ke akhirnya tau.. then korang decide la sendiri apa yang patut korang buat pas ni...
Saya mintak izin kak Suziey ye...

Isu ni memang dah lama tapi entah susah nak cakap la..n as a muslim ,aku rasa patut la kita amik tau bende ni.. aku rasa mesti ramai yang mempunyai akaun ASB kan,, n majlis fatwa kebangsaan pun dah sahkan ASB adalah harus tapi tahukah anda kaedah dan implementation ASB adalah tidak patuh syariah?? boleh refer pada Syariah Advisor  SC.. kak Suziey ni dulu jadikan isu ni sebagai final project dia so memang dia dah kaji n gali sedalam-dalamnya isu ASB ni n terus dia kuarkan semua simpanan dia dalam ASB... alkisahnya memang betul ASB ni hukum dia harus sebab ASB adalah untuk orang-orang melayu dan membantu menjana ekonomi orang melayu tetapi kaunter pelaburan ASB telah melebihi peratus kaunter halal..percampuran halal haram dalam pelaburan adalah dibenarkan tetapi mesti mengikut nisbah yang telah ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah. Sekiranya kita telah mengetahui pelaburan yang kita lakukan itu adalah tidak patuh syariah atau dalam erti kata lain Haram... adalah wajib bagi kita untuk serta-merta stop dari melabur dan keluar dari pelaburan itu.. kita boleh kuarkan duit simpanan asal kita (modal masa mula2 melabur).. sekiranya ada untung dari segi dividen dan bonus, duit itu hendaklah disalurkan ke badan-badan kebajikan atau baitumal.... sebab duit itu dikira haram untuk kita ambil.. tetapi sekiranya pelaburan kita itu rugi bermakna kita tak dapat dividen atau bonus n duit modal pokok pun tak dapat cover so kita boleh tunggu kejap n melabur sehingga modal kita tu tercover balik then baru leh kuarkan dari pelaburan..

Jangan amik remeh temeh hal-hal yang berkaitan halal haram ni.. terutamanya pendapatan kita.. keberkatan dan keredhaan Allah penting... kalau duit banyak berkepuk-kepuk tapi cara mendapatkannya adalah salah disisi Islam maka ianya jatuh kepada haram.. bila makan hasil yang haram so hati pun jadi kotor, jiwa jadi kacau, tiada keberkatan dan keredhaan Allah dalam hidup dan akan rasa duit asyik tak cukup dan macam-mamcam lagi la masalah.. mungkin ada yang tak setuju dengan perkara ini tapi papepun terserah kepada diri masing-masing.. tepuk dada tanya selera, hidup kita di dunia hanya sementara untuk kita mencari bekalan di sana yang kekal abadi..

kalau nak lebih pemahaman boleh refer kat sini..

2 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

tulah kan wawit

akiratoriza said...

aku dalam delima ni tau...ntah la tak tau nak wat camana...