Insan-Insan Istimewa

Friday, April 22, 2011

Makanan yang paling sedap bila.......

Salam....
erm lama tak dapat nak hapdet belog kesayangan aku ni
aku telah dilanda sesuatu
yang mengakibatkan aku tidak dapat menghapdet belog
huhuhuhu
memang sadis sungguh
korang nak tau tak apakah perkara itu??????
aku kene bengkak gusi
gusi kat gigi bongsu bengkak
nak makan memang teramat la payah
makanan masuk mulut boleh tapi
bila nak mengunyah memang bercinta
so beberapa hari ni 
aku telah menjadi seorang wanita yang amatla sopan santun
makan dengan begitu tertib sekali
ngeh...ngeh...ngeh....
ceh, meluat aku tengok!

dl memang pernah jadi then jadi lagik
so aku decide tok g jumpa doktor gigi
kasi service ckit gigi ni
dan jawapan dari doktor gigi memang amatla mengejutkan
gigi tersebut perlu dibuang kerana gigi bongsu aku tak tumbuh abis
jadinya len kali sakit tu akan datang lagi
eeeee seramnya nak kene cabut gigi
perkara yang memang memfobiakan diri aku sangat2

sebelum cabut doktor suh aku g x-ray gigi tau
memang pengalaman baru
nampak mcm serius jek kan
nak cabut gigi pun kene x-raya bagai
doktor gigi tu bagitau
lau nak cabut gigi bongsu ni bahaya ckit
coz bahagian gigi tu melibatkan urat saraf
lau kita main cabut jek n terkena urat saraf tu
berkemungkinan mulut kita akan kebas sepanjang hayat
seram kan???
time aku dgr doktor tu bagi penerangan kat aku 
terus seram sejuk jek dalam isi perut aku ni

nak x-ray pun kene g GH Hospital Sultanah Aminah
nasib bek kat Jabatan X-ray tak ramai orang tapi menunggu jugak la dalam 1 jam kat situ
yelah nak tunggu turn lagi 
pastu msk dalam kene bukak tudung la, bukak semua barang kemas la,
pakai baju yang berat dalam 10 kilo la
then juru x-ray adjust2 kepala aku ikut titik penanda mesin x-ray
pastu juru x-ray tinggalkan aku sorang2
mesin x-ray tu lalu keliling kepala aku tau 360 darjah
tak sangka pulak x-ray gigi cam tu
seram ada jakun pun ada jugak...
x-ray dalam 3minit gitu jek
kuar bilik x-ray tunggu result x-ray 

abis x-ray kene g semula klinik gigi yang aku g tu
jumpa doktor gigi tadi
then doktor gigi tu cakap
pada 6.5.2011 nanti datang semula untuk cabut gigi tersebut
'lau saya boleh buat saya buat tapi lau tak boleh saya akan rujuk kes ni kepada pakar untuk wat pembedahan'
sampai mcm tu sekali
tambah la seram sejuk hati aku ni
harap2 jangan la sampai kene bedah kan
doktor tu tambah lagi
kedua2 gigi bongsu aku memang kene cabut
coz kedudukan gigi tu tak elok
lgpun gigi bongsu memang takde function dalam sesi mengunyah
Ya Allah selamatkan aku 
hope semua berjalan dalam keadaan aman
tak mo ada perkara yang tak diingini berlaku

sedar2 dah jauh aku tersimpang dari title yang aku letak tu...
jom tengok makanan orang sakit gigi
yang sudah semestinya sedap
kihkihkih...

lau sakit gigi mesti makan bubur kan. hari pertama punya bubur nasi... bubur nasi + sayur kailan + ikan tenggiri jeruk + lobak masin + bawang besar + ikan bilis + cili padi... 

makan memang tak hingat la beb!.... gusi yang bengkak tak rasa bengkak pun... ikan tenggir jeruk memang terbaik dari ladang..

hari kedua punya bubur... 

 sayur : cendawan + pak choy letak oyster sauce... lagi la terbaik dari ladang...

disebabkan telur masin takde so aku tukar ke telur dadar... ada aku kesah, ikut suka aku la!

yang ini lagi terbaik dari ladang : ikan bilis + lobak masin + bawang besar + cili padi + kentang. 

 tidak dilupa bahan utama.. bubur nasi.. 

makan dengan tambah kicap ckit.. pergh!!!!

kondisi aku sekarang ni masih belum boleh makan secara biasa aku makan
tapi nasi dah boleh telan
bengkak masih bengkak
aku amik antibiotik 2 biji 3kali sehari selepas makan
korang2 yang baca n3 ni 
doakan aku ye nanti

nota kaki : pasti ada manusia yang seronok bila aku ditimpa musibah kerana manusia ini memang akan bergumbira setiap kali aku bersedih.. apa-apapun  'asal dari kampung'

1 comment:

Mamamya said...

iskhhhh....seram lak akak membacanya....siap kene x-ray n kene bedah bagai....serius jer bunyinya....

gusi akak pun masih bengkak lagi ni...baru b'kira nak pi klinik arini....gigi bongsu ni kedudukannya kat mana yer??? akak punya ni kat geraham yg paling last tu...

x tau pulak dah tua2 begini masih ada lagi gigi yg nak tumbuh...ingatkan dah berakhir zaman tumbuh2 gigi nie....

mak makan mmg seksa...nak gosok gigi lagiiiiiii lah seksa....meleleh air mata ni menahan sakit....