Insan-Insan Istimewa

Thursday, May 19, 2011

Kazen aku bersanding ~14-15.05.2011~ Part 2

Salam
sambung citer utk n3 yang lepas ae
semua gambar kat bawah ni berlaku semasa majlis malam berinai
aktiviti yang berlangsung adalah pertandingan karaoke
ada yang suara sedap nyanyi dan ada jugak yang nyanyi ntah apa ntah
tapi bagus jugak coz dorang berani dan tak malu
seronok jugak tengok
Si budak comel pulak memang seronok sakan la
dapat ramai kawan + dapat layanan istimewa
memang tak ingat kat bonda dia langsung

kat kampung dapat jugak jumpa dengan anak-anak buah aku a.k.a anak kepada arwah kakak aku
setiap kali tengok dorang perasaan memang terharu selalu
selalunya kalau ada kenduri kendara kat kampung dapatla jumpa dorang
sebab uma dorang dekat dengan kampung aku ni
kalau ikutkan hati nak jek aku bawak dorang tinggal dengan aku
ntah macamana la dorang melalui hari-hari tanpa ibu di sisi
aku tengok dorang ceria jek tapi tak tau apa yang terselit dalam hati dorang
Moga Allah melindungi anak-anak yatim ini, Amin

dah tak mo sedih-sedih, jom tengok gambar ye..

si budak comel kusyuk makan jagung rebus sebelum ke rumah pengantin.. 

adik-beradik mak aku.. pasan tak orang yang tunjuk sign peace kat blakang nun.. nak enterframe gak! kihkihkih...

malam tu orang yang kat blakang budak comel ni la yang dok melayan dia.. anak sedara aku yang sulung a.k.a anak arwah kakak aku.

si budak comel denga idung kembangnya..

kemain seronok lagi dia ye, ada yang tukang layan kan.. anak sedara aku jugak anak arwah kakak aku. sepanjang masa aku memang suh dia ikut aku jek, tido pun dengan aku. 

Abang ipar aku pun nak join karaoke jugak.. mak aku pulak dengan sportingnya bagi bunga telur kat dia. 

tengok tu menyeringai ketawa... ntah apa yang diketawakan tu.

si budak comel dengan sepupu dia... mak budak ni merupakan sepupu aku so kiranya dengan Adam dua pupu la kan.. lama-lama kang jadi kupu-kupu. ngeh...ngeh..ngeh...


No comments: