Salam
kala kamu membaca belog kesayangan ku ini
aku sedang bertarung kesakitan berdepan dengan doktor
(minggu doktor gamaknya minggu ni)
kesakitan untuk membuka semula jahitan pada gusi ku ini
erm ntah la, sakit sangat ke idak
sebab aku memang pernah mengalami kesakitan jahit-jahit ni
masuk ni kali ke-... ntah bape kali
pada umur 14-tahun dah melalui zaman jahit-jahit, time ni kene jahit kat betis
lepas tu jahit kat dagu, jahit kat jari tangan, erm naik lunyai dah kene jahit-jahit ni
so doakan aku berjaya melalui satu lagi kesakitan ini
sudah jom tengok gambar kegembiraanku ini
tak mo sedih2 dah
jangan muntah ye gambar memang banyak
****wink****
si budak comel dengan rela hati berdiri tegak disitu... wink!!! comey....
dengan bondanya tercinta, tapi sayang bondanya tidak berdiri denga postur yang menarik.... menyampah!
si ayu konon beraksi menjadi orang rewang sambil mengangkat lauk...
wah gembira sungguh nampaknya... berkejar-kejaran depan pelamin sampaikan bunga telur tu terbalik tau... kehkehkeh... anak sapa la tu????
bersama-sama sanak-saudara... nampak tak budak comel tu???
baru nampak jelas lagik... pandai pulak dia mencelah disebalik abang yang demuk itu...
naik atas pulak untuk nampak lebih jelas...
lagi jelas sambil tersenyum simpul dibudak comel.....
bonda si budak comel bersama pengantin baru... eeee tak suka la posing tak cantik lagik... si tukang amik gambo nak boikot aku ni, ceh!
bersama kakak yang demuk pulak... geram betul aku tgk anak kakak aku nan sorang ni tau...
eh nape nak tolak kakak demuk pulak tu....
bila si budak comel dan bonda dah ready yang len pulak tak ready..
aku bersama mak, kakak2 n adik. satu lagi adik g jengjalan jap.
family kami.. tak semua yang ada.
kami 3 beradik, yang len tak tau kemana ntah.. korang tengok si tukang amik gambar nak boikot aku lagi.. tudung aku jatuh pun taknak bagitau, menyampah tau!!.. comel pulak si abang demuk kat celah kusi tu... pasai apa pulak pakcik demuk tak tgk kamera, ooo rupanya komplot dgn si budak comel ye..
ketibaan pengantin lelaki bersama-sama dengan konvoi motosikal berkuasa besar ini.. memang super gempak lah.. gamat kawasan tu kejap bila bunyi paluan kompang bercampur aduk dengan bunyi motor2 sekalian.
si budak comel bersama-sama kaum kerabat menjadi 'tol' kedua..
anak sapa ni yang begitu pandai bersilat pengantin???? kecik-kecik dah pandai kan
bukan main lagik... rupa-rupanya adik aku tau... bangga kejap sebab dia sorang jek yang silat time tu.. sepanjang silat muka memang main peranan, serius semcam jek..
si budak comel bersama-sama pakcik demuk beraksi disekeliling motosikal besar...
si budak comel bersama bonda pulak... budak comel jakun dari jauh tapi bila datang dekat taknak langsung duduk atas motor tu coz takut. tengok jelah muka dia yang dalam kekonpiusan itu... hihihi
sebahagian kaum keluarga kami...
adik aku dah enterframe selepas puas berjalan ke mana ntah... bersama dia budak comel, abang demuk n kakak demuk dengan aksi yang comel... sukeee
sebahagian ahli keluarga kami bersama-sama pengantin... alamak bapak aku tak nampak pulak..
hah, kasi bapak aku enterframe sorang pulak... bapak ni memang susah nak amik gambo tau, ni pun si budak comel yang berjaya snap dengan jayanya..
sebahagian ahli keluarga belah mak aku... majoriti semua pompuan memakai baju sedondon...
kami di pelaminan pulak...
gambar terakhir yang tetap cun walaupun pipi bengkak sebelah... ngeh...ngeh...ngeh....
nota kaki : kebahagian keluarga bukan pada wang ringgit tapi lebih kepada mengeratkan tali persaudaraan, kemesraan satu sama lain dan banyak lagi lah. yang penting wang adalah tangga yang ntah ke berapa..
2 comments:
itu anak kak nursalina ke?dh berapalah anak dia kan..aku pn tgah sakit gigi ni berlubang..kurang kalsium :P
a'ah anak kakak aku yg Norsalina tu, skrg ni nk msk 3 dah dia pregnant tp aku lupa bp bulan... kui..kui..kui..
Post a Comment