Salam
baru arini dapat nak berstory-mory pasal gigi ku ini
ari Jumaat aku dapat mc dan ari isnin aku sambung cuti lagi
arini g keje pun pipi aku still membengkak tapi ada kurang ckit la dari ari2 yang sebelum ni
ada rasa berdenyut-denyut tapi still boleh kontrol lagi
erm agaknya aku main hentam jek time makan kot
tu yang berdenyut bagai ni
aku nak citer pengalaman aku seperti title yang dah aku taruk kat atas tu
memang gerun beb!
dalam hati tak abis2 aku baca kalimah mengucap kepada NYA
rasa macam umur tak panjang jek time tu
macam2 dah aku pikir dalam benak nih
Syukur semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.
korang bayangkan jelah ubat bius yang doktor bagi kat aku jek dah 3 dos
bukan main banyak doktor bagi injection sebelum sesi pembedahan bermula
untuk dua kali pertama tu, doktor suh aku tunggu luar jap kasi ubat bius tu berjalan
lepas 5 minit dah rasa dah kebas kat pipi, lidah dan gusi aku. rasa tebal jek pipi aku
dalam 15 minit gitu, nurse panggil masuk bilik, aku ingatkan dah takde injection dah
rupa-rupanya ada lagi tapi kali ni tak sakit mcm yang dua kali yang pertama tu
sakit time nak bius tu aku leh tahan dah, tak la sakit time teringat zaman budak2 dulu
so next time lau nak g cabut gigi, aku dah boleh hadapinya.
fobia dah bisa di atasi, Alhamdulillah.
doktor dok injek sana, injek sini
aku memang pejam mata, tak berani nak tengok alat yang digunakan untuk injek tu
serun punyer pasal beb!
abis injek sana, injek sini
doktor pun memula sesi membelah gusi aku
aku tak dapat nak bayangkan coz aku tak tengok kan
sekali lagi sepanjang sesi pembedahan aku hanya memejamkan mata saja
memang tak bukak langsung
doktor tukang rabakkan, nurse pulak tukang sedut darah pakai alat ntah apa nama ntah
bukan takat tu jek, ada jugak air yang masuk dlm mulut aku time sesi tu
nurse jugak yang tukang bagi air, bukan untuk aku minum tau tapi untuk cuci darah2 yang kuar
doktor siap pakai satu alat untuk mesin gusi aku tau
sakit telinga dengar, bising sangat. aku pun gitau nurse tu pekak telinga aku ni mendengarnya
alat tu macam mesin pemotong kot
memang takut giler tau
susah jugak nak keluarkan gigi aku tu
doktor siap cakap 'nape degil sangat gigi awak ni?'
mana la aku tau kan
mungkin sebab gigi tak rosak n kukuh kan tu yang susah nak kuar
setelah doktor berhempas pulas
finally keluar jugak gigi aku
doktor memang betul2 berhempas pulas tau
aku ni ibarat macam patung jek
ditekan2, ditarah2, dirodok2.
sebelum pembedahan tu, doktor memang dah bagitau sesi tersebut memang agak ganas
aku pun terkejut beberapa kali time doktor tekan2 gigi aku
tak sangka betul doktor nampak lembut tapi ganas
ngeh..ngeh..ngeh...
penat mulut aku ternganga tapi tak leh nak tutup
sebab doktor tak bagi takut dapat infection
dah lah takle tutup, nak bangun pun tak le
konon nak le kumuh2 ker, buang air liur ker
tapi doktor tak bagi
sepanjang 1 jam lebih tu la mulut aku ternganga
sampaikan satu tahap tu aku nak termuntah dah
sib bek nurse tu cepat sedut air liur aku
lau tak mau nyer terbahak-bahak aku muntah
appointment pukul 8.30 pagi
kol 8.45 pagi aku masuk bilik dapat injection dua kali
keluar jap
masuk kul 9.00 pagi
siap kol 10.10 pagi
memang berbaloi-baloi
pengalaman yang begitu berharga dalam hidup
tak akan ku lupakan
untuk rawatan tu bayaran yang dikenakan RM60 untuk klinik kerajaan
disebabkan aku ada GL so bayar hanya RM10
kalau kat private boleh cecah sampai RM 600 tau
Bilik rawatan yang menjadi saksi kejadian bertempat di Klinik Pergigian Tebrau, Johor Bahru.
kerusi yang selesa sungguh.. boleh turun naik tau.. sebelah tu untuk buang air liur dan cawan untuk tadah air yang kuar dari paip.
peralatan yang digunakan oleh doktor, banyak kan... tapinya aku terlupa nak snap alat yang nurse pegang tu.. memang mesin siap dgn bunyi tau.. bising jugak!
Doktor dan nurse yang telah berjasa.. tak berani nak snap gambar dorang, dapat amik blakang pun kira ok lah.
INilah aku... masa ni nurse tengah cuci muka aku yang terkena percikan darah.. baik nurse ni tau.. nampak tak gauze dalam mulut aku tu..
gigi aku yang telah berjaya dihapuskan... gigi ni tak rosak pun elok jek tapi keadaan dia yang tak mengizinkan. tumbuh dalam keadaan yang senget so lau makan asyik la nak tersangkut jek makanan..
nota kaki : semua gambar yang aku amik pakai h/p jek, tu yang tak bape clear. gambar diambil setelah selesai sesi pembedahan.
Korang2 rajin-rajin la wat pemeriksaan gigi coz gigi nak pakai lama tau...
3 comments:
uihhh....kecut perut baca n3 yg n di bawah nun....nasib baik lah sakit gusi aritu x b'sangkut paut dgn gigi...
dr kecik2 zaman sekolah smpilah dah kertu nih..masih takut nak jumpa doktor gigi....adohai...mmg ngeri lah..tambah lagi tgk alat2 yg byk tue...mmg serun rasanya....
p.s;baru perasan kawan si budak comel tu dah selamat di makan oleh tuannya...heeheheeee....
mula2 tu memang takut kak tapi bila dah lalui takde sakit sgt, sakit ckit jek. Insyaallah boleh hadapi, papepun sakit nak bersalin lagi sakit dari sakit yang ni... hehehehe
hermes outlet
supreme clothing
hermes bag outlet
off white hoodie
jordan shoes
bape sta
hermes outlet online
kd 15
yeezy gap
golden goose outlet
Post a Comment