Insan-Insan Istimewa

Thursday, June 2, 2011

Chicken Pox

Salam
erm baru hari ni dapat menghapdet citer dalam belog 
bukan takde citer tapi aku kesuntukan masa 
tak menyempat langsung nak bukak belog n nak jenguk uma korang
sebabnya "chicken pox" telah melanda
eee penyakit tu la yang paling aku takutkan sampai ke hari ini
penah satu kejadian pasal 'chicken pox' ni terjadi pada minggu menjelang hari bersejarah aku dgn hubby
Abah aku dapat penyakit ni pulak dan  tambahan aku memang tak penah kene lagi
memang teramatnya risau sesangat time tu, risau kat Abah n risau kat diri sendiri jugak
takut kang semua gambar pengantin dgn muka yang berbintik2
soooo scary tapi Alhamdulillah perkara tu tak terjadi

sekarang pun aku masih belum terjangkit dengan 'chicken pox'
yang terjangkit adalah si budak comel
erm amatla kesian kecik2 dah dapat penyakit tu
Adam terkene jangkitan chicken pox time di nursery
yelah dah duduk reramai kan so peratus terkena jangkitan memang la besar

hari Khamis lepas 26.05.11 aku terperasan ada satu biji yg berair kat peha kanan Adam
aku ingatkan biji bese jek so biarkan jelah
Hubby suh pecahkan tapi aku tak sampai hati lak
soknye hari Jumaat aku still anta Adam ke Nursery 
tuptup dalam kol 12 lebih gitu teacher Adam tepon
n bagitau adam kene chicken pox
so aku amik half-day utk bawak Adam ke klinik

memang seram tgk bintik2 banyak sangat
tapi aku syukur sebab Adam tak banyak karenah
still aktif tak mcm orang sakit
nenek dari kampung pun datang ari Ahad nak melawat cucu yang sakit
tapinya bila dah tgk Adam yang aktif sihat macam bese tu
jadi pelik 'ni sakit ke tak sakit'
siang hari aktif kemain boleh main bola lagi dgn Ucu Ameer 
tapi bila malam mula la mengigau2, nangis tak tentu pasal
bila aku tanya jawab dgn nangis jugak
isk..isk..isk...

'chicken pox' menyerang dalam beberapa hari
mujurla tak banyak yang berair
sekarang ni semua dah kering 
tapinya mulala tangan Adam merayap untuk kopek kuping2 yang dah kering tu
aku la yang asyik dok ingatkan dia jangan kopek
kang tinggal kesan pulak bila besar nanti dah tak comel anak bonda

Hubby n aku bawak Adam g klinik ni. memang setiap kali Adam sakit akan ke sini. 
 aku suka dgn doktor dia yang lemah gemalai jek biarpun doktor tu lelaki. kihkihkih..
speciality pun tok kanak-kanak kan so memang sesuai.

Ubat demam.. Adam memang suka makan ubat so tak jadi masalah buat aku tapi yang masalahnya tiap kali nangis nak makan ubat.. bonda la yang pening nak kasi jawapan 'auta' kat Adam... ngeh..ngeh..ngeh..

Ubat tahan gatal dalam bentuk syrup.. aku tanya doktor krim tahan gatal takde ker? dia cakap minum lagi berkesan dari sapu coz ubat ni akan terus serang kuman dalam darah.. dan memang terbukti tau sebab Adam takde pun dok garu-garu sentiasa.. tapi aku tetap g beli cala-my lotion kat farmasi untuk sapu jugak kat bintik chicken pox tu..

ubat chicken pox.. 1st time tgk memang terkejut dalam hati ckp boleh ke Adam makan ubt ni.. mcamne nak bagi dia makan ni.. tanya lagi : doktor ckp lau dia taknak makan boleh hancurkan ubat ni dan campur dalam susu dia... lega sikit bila dengar..

bentuk tablet yang menarik minat kanak-kanak.. untuk biji yang pertama Adam gigit cenggitu jek dan aku ingatkan dia akan makan untuk biji2 seterusnya tapi memang tak.. langsung taknak dah sebab rasa tablet tu tawar.

sian anak bonda... hari ketiga bintik2 baru naik kat muka dan mujur takde yang berair.. tapi yang naik kat kepala semuanya berair, tak bape nampak so aku tak risau sgt. potensi untuk Adam usik agak kurang...

kat bahagian kaki pun tak banyak sangat..

antara bintik2 pertama yang keluar.

bahagian perut..

bahagian belakang badan.

bukan lucah tau tapi nak kene tunjuk juugak coz bahagian ni la yang paling banyak kene serang..

banyak tak???? seram tak???? time nak letak lotion kelakar ckit, sebab Adam akan suh aku pegang tangan dia sambil sebelah tangan aku sapu lotion kat punggun dia..

pandangan dari sisi..

muka orang sakit macam tak sakit... 
dah pergi penyakit jauh-jauh dari hidup kami sekeluarga
Amin


4 comments:

Maya Mayana said...

emm kena kecik2 tkpe..byk masa nk recover parut tu..lg pun tu nanti jd antibodi..ko pn kena siap2 tkut kena kat ko lak..aku dpt masa pregnant anak no 2..kena bdn org tua lg havoc beb...satu bdn rata dia tumbuh lg ngeri dr gambo adam tu...sgl lubang pn dia tmbuh..huh

Unknown said...

aduhai.....terasa kesakitannya...sian lah adam...byk sungguh kat bahagian punggung tu kan....mesti gatal2 n pedih...mujurlah dia x meragam setengah budak maunya menangis ajer....

moga adam cepat sihat yer.....

akiratoriza said...

Mayana;
aku memang dah bersedia kalau aku pulak yang kene... dapat cuti lebih ckit... ngeh..ngeh..ngeh... tapi ngeri jugak bila tgk keadaan chicken pox mcm tu.

akiratoriza said...

mamamya;
memang kesian tgk adam kak.. dalam hati ckp kan bagus sakit tu kita yang tanggung.