Insan-Insan Istimewa

Friday, July 8, 2011

Pelan-pelan kayuh...


Salam...
ke udara seperti bese untuk menghangatkan hari Jumaat ini
( eh dah macam deejay radio pulak yek )
hehehehe...

apakah makna bagi title di atas?????
meh aku nak story-mory...
segala yang terjadi adalah secara tidak sengaja atau secara kebetulan
Umur Adam dah 3 tahun sekarang ni
so aku memang nak train Adam utk free diapers
tapi tak tau bilakah masa yang sesuai
yang sebenarnya aku malas nak melayan, boleh gitu??
kehkehkehkeh...

dan tanpa perancangan yang rapi
aktiviti free diapers ni telah berjalan sedikit lancar
bermula pada hari Isnin 4.7.11 dari jam 6 petang sehingga 11 malam
anak kesayangan ku telah berjaya dengan penuh kebanggaan oleh kami
dalam hati memang hepi sangat
aktiviti masih diteruskan sehingga semalam
Insyaallah akan diteruskan dan akan ditambah jam bagi aktiviti tersebut
aku dah pasang niat ari Sabtu dan Ahad ni nak mulakan aktiviti dari pagi sampai malam
sebelum ni aku memang dah cuba nak train Adam
tapi Adam taknak, maybe belum bersedia kot
aku penah citer dalam n3 sebelum2 ni (malas pulak nak cari link)

Adam pun dah terbiasa dengan aktiviti ni
balik dari skul, terus nak tukar diapers then taknak pakai dah
Adam akan cakap balik pesanan yang aku selalu ckp kat dia bila tak pakai diapers
mcm ni "kalau nak kencing pergi toilet"
aku iya jek sambil puji2 ckit dia bagi dia lagi bersemangat

Alhamdulillah, sepanjang 5jam setiap hari dalam minggu ni
Adam berjaya melaksanakan aktiviti tersebut
bila rasa nak membuang cepat2 dia ke toilet
pintu toilet dan lampu dalam toilet aku tak off pun sebab taknak Adam takut
sekarang ni pun Adam dah pandai pakai baju n seluar sendiri so senang la ckit keje aku
Adam sooooo gud boy for Bonda..
Luv u, son!

eh lupa ada jugak Adam terkucil dan citer kelakar telah terjadi
malam bila ntah Adam sudah nak terkucil so
memang dia ckp then dia terus bergerak menuju ke toilet sambil tu ajak aku sekali
aku ni pulak menyembat pulak letak satu barang atas almari
dan Adam tunggu aku, tak terus ke toilet (jarak antara kami takde jauh sangat pun)
erm bila aku dtg dekat dia, dia dah pegang jek bebird dia tanda mcm dah takleh tahan dah
aku suh jalan, bila jalan terus la terjun air2 yang berkenaan
pergh,,,, memang tambah keje la aku malam tadi
takleh nak cakap paper sebab salah aku sendiri...

satu kejadian lagik..
aku ada marah Adam time tu
so Adam pun merajuk sakan taknak bercakap langsung
bila dah lama ckit, aku pun datang pujuk Adam
aku duduk jek kat Adam terus Adam nangis
ingatkan tak abis merajuk lagik
rupa-rupanya Adam dah terkucil atas sofa
basah dah suar yang Adam pakai.
erm nampaknya salah aku lagi jawabnya ni
ceh!!

wajah kesayangan Ayah + Bonda...

mode : auto detecting smile.... rupa-rupanya jelir lidah pun detect as smile gak..

gigi arnab yang cumeyy...
 


korang rasa Adam tutup kepala pakai apa????

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anka tue pakai suar ke kat kepala?? cute..anak saya pun suka buat mcm ne

eyndayusoff said...

Macam tahu je dia pakai apa kat kepala hehe...

akiratoriza said...

baby + kak eynda ;
adam pakai suar atas kepala dia tu konon mcm pakai tudung la...idea dari adam sendiri... hihihi