Insan-Insan Istimewa

Friday, July 22, 2011

Ulangtahun hari lahir pertama setelah 'dia' tiada..

Salam...
hari ini 22.07.2011 merupakan ulangtahun hari lahir pertama tanpa 'dia' di sisi
siapakah 'dia'????

'dia' merupakan Arwah kakak aku yang telah kembali mengadap Illahi pada 22.09.2010 yang lalu.. Gambar ni raya tahun 2009 arwah bersama keluarga tercinta.

Ya Allah ampunkan segala dosa arwah kakak ku 'Siti Sarisah Bt Mattusar'
Ya Allah berikanlah rahmat ke atas roh kakak ku
Ya Allah tempatkan kakak ku dikalangan hamba-hambaMU yang beriman
Amin...

Ingatanku tidak akan pudar terhadapmu
Masih terpahat kukuh segala memori kita bersama
sesungguhnya pemergianmu begitu memberi kesan yang mendalam dalam hati ini
begitu aku terasa kehilanganmu
kehilangan yang tiada penggantinya dalam dunia ini
terasa kosong dalam hati setelah kau pergi
walau hati rasa kosong dan sunyi
aku tetap akan teruskan hidup ini bersama-sama memori yang telah kau tinggalkan
Semoga kau aman di sana bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh
Al-Fatihah..
Amin...

Kenangan Hari Raya terakhir bersama arwah.... tahun 2010

6 comments:

misya said...

al fatihah,sya jugak dah kehilangan kakak tersayang,walau pun dah lama tapi kenangan tu tetap terpahat di ingatan,rasa rindu,sunyi semua dah bersarang dalam jiwa

Maya Mayana said...

Al Fatihah buat arwah...semoga sekeluarga terus tabah...

akiratoriza said...

Misya;
memang tetap kukuh dalam ingatan semua memori bersamanya..

akiratoriza said...

Mayana;
Insyaallah.. hati aku memang akan rasa sayu bila jumpa dgn anak2 saudara aku ni.. tapi bila depan dorang aku buat mcm bese jek. tak tergamak rasanya nak tanya perkara2 yg melibatkan arwah.

Mamamya said...

ya! allah...baru ni akak tau ini blog adik arwah kak sarisah.....sungguh akak mmg x tahu....

al-fatihah utk arwahnya...semoga dia tenang disana..dulu akak penah satu kelas dgn arwah masa sekolah agama....t'ingat kenangan dgn dia dulu...arwah ni sgt2 peramah orgnya....


kebetulan tarikh dia 'pergi' sama
dgn tarikh lahir akak.....2209...

fara anak abah said...

Al-fatihah..
memerlukan khidmat n masa anda,jom join cntest saya?hadiah menarik..

http://vogue-kiwi.blogspot.com/2011/07/contest-saya-suka-dan-saya-komen.html