Insan-Insan Istimewa

Friday, September 9, 2011

Juadah Hari Raya

Salam Syawal korang-korang...
malas nak tulis pepanjang sekarang ni so straight to d point k!

atas ni juadah hari raya yang diberi oleh jiran2 sebelah menyebelah uma mak aku... kalau orang jawa panggil 'punjungan' maksudnya kita anta makanan yg kita masak ke uma jiran then jiran pun akan wat perkara yg sama.. tu yang sonok boleh bertukar2 rasa.. taun ni tak bape meriah sgt juadah 'punjungan' ni hanya sebaris makanan jek, taun2 sudah mesti berlapis2 pinggan bertindih2 sebab tak muat meja.. memang puas makan.. rezeki dari Allah, Alhamdulillah!

atas ni pulak juadah raya yang mak aku masak pada malam raya bersama-sama anak2 kesayangan dia.. kitorang tido kol 2.00 pagi tau.. ada ketupat, lepat pulut, ayam masak ungkep, sambal goreng, sayur lemak letak babat. (semua masakan orang jawa kan).. lauk pauk enterframe siap dgn periuk terus senang nanti kalau nak panaskan semula tinggal tenggek atas dapur jek..

yang ni pun juadah mak aku masak.. rendang cili api daging lembu... feveret kami adik badik nih.. memang meletup kalau makan... yg ni tak termasuk dlm gambar kat atas sebab periuk still atas dapur, mak aku panaskan rendang tu..

juadah dah sedia atas meja makan satu lagik untuk disantap oleh kami lepas balik dari tanah perkuburan.. memang maveles dapat makan pagi lepas sebulan tak dapat makan pagi... kuikuikuikui... terbaik!!! (tetiba terasa plak kat tekak nih)...
~sekian~